Buku ‘The Royal Regalia of Brunei Darussalam diterbitkan

Jabatan Muzium-Muzium Brunei menerbitkan buku ‘Coffee Table Book: The Royal Regalia of Brunei Darussalam’ dengan sokongan DST Group sebagai penaja dan Digital Impressions Negara Brunei Darussalam sebagai penyelaras.

Majlis Penyerahan ‘Coffee Table Book’ tersebut yang berlangsung di Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, di sini disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos selaku tetamu kehormat.

Majlis Penyerahan Buku tersebut disampaikan oleh Penasihat Digital Impressions, Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas kepada Ahli Lembaga Pengarah DST Group, Awang Abdul Latif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Md. Yusof yang kemudian menyerahkannya kepada Pengarah Muzium-Muzium Brunei, Awang Bantong bin Antaran.

Terdahulu, Dato Paduka Awang Haji Idris dalam ucapannya menjelaskan, Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja (Royal Regalia) telah mencapai usia kira-kira 20 tahun dan ia memainkan peranan penting dalam menyediakan pameran mengenai dengan Alat-alat Kebesaran Diraja Negara Brunei Darussalam dengan memberikan informasi, bahan-bahan pembelajaran, rujukan dan juga memberikan inspirasi dan hiburan bagi penduduk tempatan dan para pengunjung serta pelancong dari luar negara.

"Antara objektif ‘pulication’ buku kenangan itu adalah akan meningkatkan lagi minat dan penghargaan serta kesetiaan kepada raja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerabat diraja dan keturunannya sejak lebih dari 600 tahun yang lalu di samping mengenegahkan peranan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja itu sebagai sumber rujukan dan pusat pembelajaran bagi sejarah Diraja, Kerabat Diraja dan perlembagaan negara serta konsep Melayu Islam Beraja," ujarnya.

Selain itu katanya, ia juga untuk mengambarkan sejarah kegemilangan pemerintah dan sistem beraja di negara ini selain mempromosikan bangunan berkenaan sebagai satu tempat menarik bagi pelancong luar dan dalam negara juga dalam menyediakan ‘souvenir’ kenangan.

Pengarah Muzium-Muzium Brunei pula dalam ucapannya menyatakan, penghasilan ‘Coffee Table Book’ itu merupakan antara usaha Jabatan Muzium-Muzium Brunei memperkenalkan muzium-muzium dan dewan-dewan pameran di bawah pentabiran jabatan itu supaya diketahui dan dikunjungi oleh orang ramai sebagai tempat menimbah ilmu pengetahuan dan mendapat maklumat mengenai dengan warisan tamadun budaya dan sejarah Negara Brunei Darussalam dalam konteks, pameran Alat Kebesaran Diraja.

Melalui buku itu katanya, dengan hiasan gambar-gambar yang menarik mengenai Alat-alat Kebesaran Diraja, pembaca dapat menikmati catatan dan gambar-gambar peralatan tersebut mengikut kesesuaian masa mereka sambil santai menikmati minuman panas, di rumah dan tidak semestinya di negara ini.

"Dengan terbuktinya buku itu akan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan alat promosi mengenai Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja dan menarik minat orang ramai sama ada dari atau pun luar negara untuk melancong ke negara ini dan melawat serta melihat dengan lebih dekat segala alat kebesaran yang dipamerkan di bangunan berkenaan," jelasnya.

‘Coffee Table Book’ merupakan projek kedua yang diterajui oleh Jabatan Muzium-Muzium Brunei dengan Syarikat Digital Impressions dengan projek pertama penerbitan sebuah buku ‘Coffee Table’ ‘The Brunei Museums 40th Anniversary yang diterbitkan pada tahun 2005 untuk memberi peluang pembaca menghayati dunia muzium secara lebih dekat.

Edisi terbitan buku ini dibuat dalam jumlah terhad dan dihadiahkan sempena lawatan-lawatan rasmi ke bangunan tersebut.

Jabatan Muzium-Muzium Brunei dalam masa terdekat juga akan menerbitkan semula buku itu dan dijual kepada orang ramai.

dipetik dari Pelita Brunei, 5 Disember 2011, Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s