Kebawah DYMM berangkat melawat Perpustakaan Lambak Kanan

LAMBAK KANAN, Rabu, 30 Jun Oleh Abu Bakar Haji Abdul Rahman,  Pelita Brunei 1 Julai 2010

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddalah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat ke Perpustakaan Lambak Kanan yang terletak di Jalan 99, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan di sini.

Keberangkatan tiba baginda di junjung dan dialu-aluka oleh Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar serta Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Bahasa, Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin.

Keberangkatan ini merupakan salah satu atur cara sempena Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah dan Rumah Teres di Bawah Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Gadong serta Rumah Kembar dan Perumahan di Bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Rimba, Kampung Tungku, Gadong dan Kampung Madang bagi Daerah Brunei dan Muara.

Semasa keberangkatan lawatan tersebut baginda telah meninjau secara dekat kemudahan-kemudahan yang terdapat di perpustakaan tersebut seperti Bilik Sudut Siber, Perpustakaan Kanak-Kanak, dan Perpustakaan Muda Mudi.

Keberangkatan baginda ini sememangnya dinantikan oleh para pegawai dan kakitangan perpustakaan berkenaan kerana ianya merupakan detik bersejarah selain berpeluang untuk berjunjung ziarah dan bergambar ramai.

Sebelum berangkat meneruskan lawatan baginda juga telah berkenan meninjau bas Perpustakaan Bergerak yang terletak di luar bangunan perpustakaan tersebut.

Perpustakaan yang dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan hari kelepasan awam ini dibuka rasmi pada 18 Mac 2008 oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu, Yang berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad.

Peletakan batu asas bangunan tersebut telah dilaksanakan pada 19 Disember 2005 dan pembinaannya bermula pada 29 Ogos 2005 dan siap sepenuhnya pada 9 September 2008.

Bangunan Perpustakaan Lambak Kanan ini dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti ruang pembaca, kaunter peminjaman, bilik perbincangan, ruang bacaan kanak-kanak serta surau dengan menelan belanja BND975,525.

Sehingga April 2010 perpustakaan ini mempunyai 1612 orang ahli di mana golongan dewasa mencatatkan seramai 421 orang, muda mudi 637 orang dan kanak-kanak 554 orang.

Manakala jumlah buku yang terdapat di perpustakaan ini sejak 1998 hingga 2009 berjumlah 17,179 buah.

Pada hujung minggu perpustakaan ini mencatatkan purata kunjungan paling ramai di mana golongan dewasa mencatatkan seramai 43 orang, muda mudi 56 orang dan kanak-kanak seramai 48 orang berbanding catatan hari biasa di mana golongan dewasa mencatatkan seramai 35 orang, muda mudi 25 orang dan kanak-kanak 16 orang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s