Sarjana, doktor falsafah disaran terbitkan karya mereka

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Julai. Siti Zuraihah Awang Sulaiman

Para graduan yang telah lulus dan akan lulus di peringkat sarjana dan doktor falsafah yang diperolehi dari pusat-pusat pengajian tinggi dalam mahupun luar negara disarankan supaya akan menerbitkan karya masing-masing yang bersesuaian dengan kandungannya.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad menyatakan dengan menerbitkan karya tersebut bukan hanya akan dapat mengangkat nama peribadi penulisnya, malah juga akan menjadi satu sumbangan yang sangat berharga kepada negara yang masih kekurangan bahan-bahan rujukan dan masih dahagakan ilmu pengetahuan.

Menurut Yang Berhormat, hasil karya yang ditulis secara ilmiah sama ada di peringkat sarjana (masters degree) atau doktor falsafah (Ph.D) berupa tesis atau disertasi adalah amat berharga kerana penemuan-penemuan dan rumusan-rumusan di dalamnya akan dapat menjadi cermin perbandingan, pemikiran dan membuka mata pihak-pihak yang berkenaan untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian dalam bidang akademik dan perkhidmatan.

“Tetapi kalau karya penyelidikan di peringkat sarjana itu tidak dimanfaatkan, maka ia hanya akan tersimpan di dalam almari buku-buku dan laci-laci sebagai kenang-kenangan dan ristaan,” ujar Yang Berhormat.

Sikap kurang menghargai karya ilmiah yang berlaku di setengah kalangan dalam masyarakat kita jelas Yang Berhormat adalah seperti orang yang tidak tahu membezakan antara intan dengan permata yang pada zahirnya nampak sama sahaja tetapi jauh berbeza umpama peribahasa Melayu ‘Jauhari jua mengenal maknikam’.

Dalam hal ini, Yang Berhormat menyeru para intelektual di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) khasnya Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) agar menjadi ‘Jauhari dan maknikam’ yang bersinar di negara ini.

“Kita jauhi sikap negatif yang merugikan, sebaliknya kita bangunkan sikap positif untuk membangun agama, masyarakat dan negara yang kita cintai,” jelas Menteri Hal Ehwal Ugama.

Terdahulu dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Program-program Sarjana dan Memulakan Pengajian Bagi Sesi 2010/2011 di Dewan Besar KUPUSB, Yang Berhormat melahirkan perasaan gembira kerana KUPUSB di peringkat awal mulai kemasukan sesi 2010/2011 akan dapat menjalankan dua program kesarjaan iaitu Program Sarjana Perguruan Ugama Bidang Fiqh dan Program Sarjana Perguruan Ugama Bidang Penyeliaan.

Dengan pelancaran program baru tersebut, Yang Berhormat berharap ia akan menjadi titik permulaan untuk berkembang maju di masa akan datang dan akan terus menawarkan program-program yang lebih relevan dengan perkembangan dan tuntutan semasa khasnya menjana program-program sarjana muda dan kesarjanaan dalam bidang pendidikan agama.

Memperkenalkan program sarjana tambah Yang Berhormat bermakna kita menggalakkan para calon sarjana untuk membuat kajian dan penyelidikan secara ilmiah, bukan semata-mata berdasarkan teori, malahan berdasarkan praktikal dan fakta-fakta yang diperolehi dari pelbagai sumber rujukan yang bersifat ‘primary’ dan ‘secondary’.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s