Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi Pertahanan

Pelita Brunei, 30 Julai 2010, BANDAR SERI BEGAWAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi Pertahanan yang akan berperanan merancang strategik dan pemodenan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Dengan tertubuhnya pusat ini, Kementerian Pertahanan akan maju setapak lagi dalam pembangunan ABDB secara komprehensif dan seimbang khususnya dalam mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang-bidang ketenteraan dan pertahanan.