Jabatan Mufti Kerajaan lancarkan dua terbitan terbaru

Jabatan Mufti Kerajaan telah melancarkan dua buah lagi buku terbitan terbarunya berjudul Melayu Islam Beraja (MIB): ‘Mahkota Negara’ dan Aqidah Ahli Sunnah Wal-jamaah : Penyelamat Ummah.

Kedua-dua buah buku tersebut merupakan hasil tulisan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang juga dikenali dengan nama pena Adi Rumi.

MIB: ‘Mahkota Negara’ setebal 76 muka surat dan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah: Penyelamat Ummah setebal 72 mula surat adalah kandungan kertas kerja Yang Berhormat Mufti Kerajaan di Seminar Antarabangsa mengenai Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah sempena Sambutan Jubli Perak Penubuhan Pusat Da’wah Islamiah, pada 24 Rabiulakhir 1432H/29 Mac 2011M, diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Arab dan Inggeris.

Buku MIB: ‘Mahkota Negara’ akan dijual dengan harga BND4 senaskhah dan buku Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah akan dijual pada harga BND3 senaskhah.

Dipetik dari Pelita Brunei, 29 Nov 2011. Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s