Library Training

Training

 

BDTVEC National Diploma Information and  Library Management

 FAQ

 Berikut adalah soalan-soalan  serta jawapan bagi perkara-perkara yang sering ditimbulkan oleh ahli-ahli.

Adakah topic `Library Policy’ termasuk dalam kurikulum dan diajarkan di NDILM?

  • Ada, di dalam 4 subjek iaitu Library Management, Reference Services , Information Retrieval dan Collection Development.

 Ada graduan NDILM yang masih belum mendapat pekerjaan.

  • Jawatan perpustakaan agak terhad di Negara ini. Walaubagaimanapun Kursus NDILM direka bentuk begitu rupa supaya graduan dapat memasuki apa jua bidang kerja tidak semestikan PERPUSTAKAAN. Ini keistemewaan kelulusan bidang LIS dengan kemahiran ICT. Graduan boleh bekerja di pusat maklumat dan dokumentasi, pusat penyelidikan, ICT, pusat sumber,  e-publishing, web design, sebagai information officer, ahli arkib,  record manager, data officer, knowledge manager, e-resources & information provider, book binder and conservator, cultural heritage officer, electronic content provider.

 Bolehkah pegawai dalam open vote atau bergaji hari memohon LDP?

  • Tidak boleh. Rujuk Syarat Latihan Dalam Perkhidmatan.

  Bolehkah NDILM ditawarkan oleh kolej swasta?

  • Masa ini belum ada.

  Bolehkah NDILM diikuti secara separuh masa atau di sebelah malam?

  •  Masa ini belum ada.

 Bolehkan syarat 4 mata pelajaran kredit ‘O’level dikurangkan kepada 2 mata pelajaran kredit ‘O’ level?

  •  Tidak boleh. 2 mata pelajaran ‘O’level ialah kemasukan bagi PND, yang lebih rendah.

Bolehkah pegawai dalam perkhidmatan yang tidak mempunyai mata pelajaran ‘O’ level tetapi dengan pengalaman bekerja melebih 5 tahun diberi pengecualian masuk NDILM?

  • Masa ini belum dibenarkan.

 Bolehkan pegawai dalam perkhidmatan diterima masuk NDILM dengan mempunyai 4 kredit `O’ level tapi baru setahun pengalaman bekerja dalam perpustakaan kerajaan?

  •  Tidak boleh kerana syarat-syarat kemasukkan selain daripada 4 `O’ level ialah mempunyai pengalaman bekerja 3 tahun minima.

 Apakah maksudnya “At least 2 passes in relevant subject (English, Malay, Computer Studies , History) seperti dalam Syarat kemasukkan?

  •  Ini bermaksud selain dari mempunyai 4 `O’ level, pemohon mesti juga mempunyai sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran lulus daripada 4 mata pelajaran yang bersesuian seperti English, Malay  Computer Studies , History.

Selepas NDILM bolehkah graduan melanjutkan pelajaran ke tahap ijazah?

  •  Jika mereka selain memiliki NDILM  juga memiliki 2 mata pelajaran ‘A’ level dengan gred yang tertentu.

Bolehkan prosedur kemasukan ke MTSSR dan permohonan LDP diselaraskan masanya?. Misalan LDP tutup bulan Disember sedangkan tawaran MTSSR dibukakan pada bulan Feb/Mac bagi kemasukan bulan Julai.

  •  Ini melibatkan dasar. Yang terbaik berundinglah  sendiri dengan Pegawai Latihan di jabatan masing-masing.

Jika sudah ada tempat tetapi LDP belum lulus, bolehkan terus ikut belajar?

  •  Perkara ini adalah atas kebijaksanaan dan pertimbangan secara ‘case-by-case’ oleh MTSSR di mana penuntut pernah dibenarkan masuk belajar sementara menunggu  kebenaran LDP.

 

 Disediakan oleh Nellie Dato Paduka Haji Sunny dan Dyg Hjh Pusparaini Hj Thani, 17 Dec 2009

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s